Perutusan Tuan Tanah
Welcome! Jangan lupa tinggalkan jejak! Feeqa will hit you back :)
FeeqaMustafa`s

Apr 22, 2013

One step closer! dup dap dup dap ♥



 Assalamualaikum semua! :D
13 haribulanempatduaributigabelas yang lalu, maka sudah sah la aku sebagai tunangan kepada en tunang tersayang. Tak lama lagi gelaran tunang akan pergi untuk memberi laluan kepada gelaran puan pulak. 
*eh terlalu jujur ke aku cakap macamni. Haha.

2 tahun 3 bulan 2 minggu dan 5 hari yang lepas kami berkenalan secara tidak sengaja di sebuah laman sesawang dan kemudian kami meneruskan babak babak kegatalan kami di facebook. Haha. Aku pon tak tahu la dari mana mulanya kami serius. Sebab en tunang tak pernah ajak 'declare'. Yang aku tahu, kami mulai rapat seperti pasangan kekasih tanpa kata 'declaration' tu. Aaaa tidak penting itu semua!

Ok aku ingat lagi. Kali pertama aku jumpa en tunang, pada hari raya ke-3 tahun 2010. Pada masa itu en tunang dan adik beradiknya nak pergi ke rumah terbuka di Muar. Dan aku pon dijemput sekali. Tapi aku tak merancang pon nak berjumpa dengan die. Aku masa tu dah berjanji nak pergi ke Muar dengan kawan lain. Tapi tup tup en tunang call kata nak datang rumah aku dulu sebelum pergi Muar. WAH! time tu bukan main berdegup jantung aku! Dengan belum mandinya. Hahaha. Sesampai je en tunang ke rumah aku buat pertama kalinya, dia pakai baju melayu u0lss dengan samping. Aww! start situ kot aku jatuh hati. Hahaha. Ok gatalll :p  Nak dijadikan cerita akhirnya aku pergi Muar menaiki kereta dengan en tunang.  

Kemudian,  lepas dari itu, kami terus-terus chat. Tak habis di Facebook, kami sambung di Skype mesej dan seterusnya gayut gayut waktu malam. Hehehe. Dan 'date' pertama kami di ICT SHAH ALAM. Sebabnye, aku mengada-ngada teringin nak pergi sana. Hewhewhew. Iyelah, orang Johor, anak gadis pulak tu mane la mak bapak aku nak benarkan aku pegi KL sana tanpa kawan teman dan penjaga. Aku ajak sidia, dan dia pon ON. soooo.. pergilah aku ke bumi Key-El. Tapi 1st date aku bukannye berdua. Kekeke. Sidia bawak adik kembar dan adik perempuannyeee. Ok tak ape. Sebab masa tu aku tak anggap itu date. Aku anggap tu sekadar jumpa kawan je la. Hahaha.
Selepas jumpa kedua kami jumpa kali ketiga keempat kelima keenam ketujuh kelapan dan merisik dan sekarang kami dah bertunang. Menunggu diri ini diijab dan kabul. Dinikahkan oleh wali dengan ikatan yang sah dengan en tunang. ^_6' . Memang, terasa macam sekejap je semua ni berlalu. Dalam masa yang sama, kami tak selalu jumpa. En tunang orang Selangor dan aku orang Johor dan sekarang menetap sementara di Terengganu. Huuuu memang jauh. Tapi tak ape, dari situ la kami belajar erti rindu. ekk rindu ke? :p

Tapi sebelum hari nak bertunang tu memang banyak dugaan. Bas yang aku naik dari Terengganu untuk balik ke Johor rosak dekat jalan kuantan jam 2.30 pagi. Lepastu kami stuck dekat situ sampai pukul 930 pagi. Bas kedua pulak datang, kami tukar bas. Tak lama lepas tu, bas kedua yg aku naik tu langgar kelapa sawit, tayarnya pulak bocor. Haih aku dah cuak. Sebab esoknya aku nak bertunang dah. Kalau tak sampai jugak Johor, memang kene tukar la. pihak perempuan meminang lelaki. Huhuhu. Tapi tak ape,  Bak kata orang, kalau nak dapat sesuatu tu memang Allah tu nak uji dulu. Kan? 

...dan sekarang kami selamat bertunang.

cincin dari en tunang. 2 cincin merisik dan 1 cincin tunang. :)




en tunang yang tinggi melampai. Huhuhu. (1st time kami bergambar bersama :p )



Kakak dan adik en tunang yang sangat sporting! :)


 Akhir sekali doakan hubugan kami berkekalan sehingga keakhirnya. Biarla dia menjadi yang terakhir buat aku. Amin. Next preparation untuk bergelar 'PUAN' ! :)


Doakan untuk kami!! :D 



♥ THANKS FOR READING ♥

Jan 25, 2013

76days and 183days


           Wedding Checklist by Month



DONE NOT YET LUAR TUGAS


Tentukan tarikh & bulan 
Booking for MUA (solemnization) 
Booking for MUA (reception) 
Booking for OP - sekali dengan pihak lelaki
Booking for OV - Tak pasti lagi nak ada ke tak..check bajet dulu..
Catering for Solemnization – Mak Abah yg uruskan
Catering for Reception 


Solemnization’s place – Rumah
Reception’s place – Dewan IVM
Solemnization theme - tak confirm 
Reception theme – tk kompem
Family theme for bride side
Family theme for groom side – (Groom Family Belum Decide Lagi)
Listdown barang hantaran for both side 
Start cari baju nikah – Belum ada kata putus
Start cari baju untuk majlis resepsi 
Start cari kad jemputan 



Buat tempahan Tok Kadi
Emcee for majlis resepsi-DJ
Mencari tukang cakap for enggaged & nikah
Mendapatkan borang2 yang diperlukan
Mencari kompang - Consider DONE


Membuat tempahan kad-kad jemputan
bunga pahar - Mak yang uruskan
Order hadiah nikah & resepsi - Kakak yg uruskan
Entertainment for resepsi (zapin@kuda kepang&silat)
Pengapit lelaki- taktwu :p
Pengapit perempuan - Maybe ika,bff 
Guestlist
Mencari kasut nikah
Mencari kasut sanding - maybe provided by andaman
Menentukan flowergirls-ank sedar yg kecik2 tu
Survey kek untuk majlis resepsi 


Hantar kain nikah untuk jahit -maybe.
Plan for honeymoon- ehhh?? hahaha 
Mencari Bunga Manggar
Mencari tukang pembuat hantaran - Assume Done 


Mula menghias bilik pengantin
Mula tulis nama pada kad jemputan
HIV Test
Menghantar borang lengkap permohonan kahwin
Membuat guestbook & bunting


Mengedarkan kad kahwin & nikah
fitting baju nikah
Fitting baju resepsi
Tempah tag nama for family members
Final check for OP
Final check for OV
Final check for wedding cakes
Final check for MUA (sanding, nikah)
Final check for wedding favor
Final check for wedding entertainment


Final check untuk kompang
Discuss dengan pengapit
Bakul dan bunga untuk flower girl
Cari kayu untuk buat landmark
Final check untuk tema family
Mencari inai


Majlis rewang bermula
Senaraikan tugasan
-         siapa penyambut tetamu
-         siapa yang menjaga hadiah
-         siapa yg berada di kaunter pendaftaran
-         siapa yang berada di guestbook corner
-         siapa yang kasi bunga telur
-         orang2 penting majlis
Check pintu & lock bagi mengunci pintu pd hari majlis bagi mengelakkan kejadian tidak diduga.
Pastikan PA System dah berada di rumah
Discuss dengan katering
Final meeting dengan wedding planner
Buat rawatan facial muka & spa- ekkk?? perlu ke?


Pacak banner, landmark & bunting sehari before majlis
Buat inai tangan
Pastikan bilik tidur dah tersedia
Pastikan wedding favors dah siap
Pastikan hantaran dah siap
Pastikan bunga manggar dah tercucuk rapi
Pastikan baju dan lain2 dan diasingkan & digantung
Pastikan barang2 yang digunakan sehari sebelum majlis dah dibeli
-  

THE BIG DAY

Sarapan pagi
Make sure hantaran dah ada 
Nikmati hari bahagia! SELAMAT PENGANTIN BARU! 


_____________________________________________________________

Wedding Checklist by Items

*Done will be crosschecked

Legal Documents
Kursus Kahwin 
Borang kebenaran nikah              
Test HIV  
Jurunikah


Cincin
Jam tangan
Baju Kemeja & Seluar Jeans
Chocolate
Buah-buahan
Cakes/Cupcakes
Sireh junjung

Hantaran Decoration
Dulang
Alas Dulang
Bunga Dulang
Reben
Tepak sireh/ sirih junjung
Span

Outfit 
Baju Nikah
Tudung Nikah
Veil Nikah
Kasut Nikah
Aksesori Nikah
Baju Resepsi
Tudung Resepsi
Veil Resepsi
Kasut Resepsi
Aksesori Resepsi
Baju Bertandang
Tudung Bertandang
Veil Bertandang
Kasut Bertandang
Aksesori Bertandang

Pelamin
Resepsi
Bunga Pahar Resepsi

MUA
Nikah 
Post Wedding
Resepsi - Booked
Bertandang

Official Photographer (OP)
Nikah 
Resepsi
Post Wedding
Bertandang
Official Videographer (OV)
Nikah
Resepsi

Hand Bouquet
Nikah
Sanding
Tandang
Catering
Nikah
Resepsi
Lokasi Resepsi
DEWAN IVM
Meja Makan beradab
P.A System
Red Carpet
Meja Guestbook 

Doorgift
Doorgift
Goodie bag
Doorgift kanak kanak
Doorgift nikah

Lain-Lain
Pengapit lelaki (bersanding)
Pengapit perempuan (bersanding)
Pengapit lelaki (bertandang)
Pengapit perempuan (bertandang)
Pembaca doa
Jaga P.A system
Runner makanan dan sebagainya
Penggubah hantaran
Flower girls
Pegang duit
Bridesmaid (Bawa dulang)
Guest List
Design
Printing
Letak di facebook/email
Post
Bunting
Sampul Setem

Keperluan Lain
Penunjuk Arah jalan
Bunga Manggar/ Payung
Kompang
Wedding Cake
Inai
Guestbook
Guestbook accessories 
Tag Pembantu & Family
Pulut kuning for nikah
Duit untuk jurunikah dan saksi 
Flowergirls flower
Ribbon pin
Text untuk pengacara majlis
Nota tugasan buat pembantu beserta no phone

Bilik Tidur
Katil
Dressing table
Langsir
Cadar
Hiasan/Frame
Lampu
Kipas/aircond
Karpet
Kelambu Bulat
Pewangi
Bantal hiasan
Hiasan bunga
Almari

Bila dah buat checklist ni baru aku tahu rupanya banyakkkk lagi belum settle. Harap sempat :(






♥ THANKS FOR READING ♥

Feb 6, 2012

Buat 'Adam' ku.


Andai aku beri cinta, takut tidak dihargai. Andai aku bina harapan, takut tidak kesampaian. Andai aku menunggu, takut ditinggalkan. Andai aku terusan begini, takut memakan diri. Tapi andai aku ikhlas, andai aku redha, Allah pasti menemani. Jika aku adalah tulang rusukmu , satu hari nanti  pasti kita akan ketemu ♥










♥ THANKS FOR READING ♥

Dec 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY





i miss this moment damn much!




♥ THANKS FOR READING ♥

Dec 1, 2011

Bulan sedih ke sekarang ni?

I had one recently, and it really bugged me when it shouldn`t have. I hate waking up feeling crap, and its the worst way to star the day. But then i remembered the quote
 ' HAPPINESS DEPENDS UPON OURSELVES'... 
and try to drive the negativity and sadness out of my mind. So it got better and better. I think -.-
trust me, u can never underestimate the power of your mind. Its a fact.



11 month already. I miss you so much. hmmm.

p/s : anyone having bad dreams lately? I think sometimes bad dreams might be cause by what u are thinking just as u were about to fall asleep.  maybeeee. right?





♥ THANKS FOR READING ♥

Nov 19, 2011

Sincere of lovessssss. I think :p


Someone who really loves you sees what a mess you can be, how moody you can get, how hard you are to handle, how ugly you are in every situation, but still wants you in their life.



Thats what we call the SINCERE of love. :)
agree?



so.. let's make face ugly and see how he/she will accept you.

muahaha :P




TUAN TANAH NAK BELI KERETA, BOLEH TOLONG KLIK NUFFNANG SEKALI?

TERIMA KASIH :)





♥ THANKS FOR READING ♥

Nov 4, 2011

KASIH MAK

                  " mak. mak! adik nak tu " . Jari telunjuk adik tegak menghalakan kearah anak patung Barbie. Itulah kebiasaan adik. Kalau dibawa ke kedai, ada saja benda yang hendak dibelinya. Mak yang sedang membelek sudip berpaling muka kearah adik. Sudip dirumah sudah patah pemegangnya. Selalunya jika memasak, mak pasti akan menahan panas memegang sudip tu.

                    " mak! adik nak ni. kawan-kawan adik semua ada ni. Mak belikanlah untuk adik". Adik buat muka masam. Segera sudip yang dipegang oleh mak diletakkan balik ke tempat asal. Mak gerak ke arah adik.

                    " Adik nak yang mana?" mak bertanya. Tapi adik perasan tangan mak memegang kemas beg dompet yang sudah lusuh itu. Ahh! tak kira. Adik nak jugak patung tu!

                     Mak dahulukan adik. Mak tak beli sudip tu. Biarlah merah tangan mak menahan panas atau melecur sekalipun, mak tetap dahulukan adik. Mak beli patung Barbie tu untuk adik. Adik tersenyum puas!

                     Dekat kedai baju. Adik nak baju gaun macam Minah. Minah kawan baik adik. Mak perasaan adik membelek baju tu. Mak seakan lari daripada adik. Adik perasan. Adik kejar mak. Adik tarik mak.

                       " mak. mak! adik nak ini. Adik pernah nampak Minah pakai baju ni. Adik nak!"
Mak tersenyum. Niat mak membeli baju untuk ayah sebagai hadiah hari jadinya, dilupakan.
"Adik nak yang mana?".   "tuuuu." muncung mulut adik tunjuk ke arah baju.

                    Mak dahulukan adik. Mak beli baju tu untuk adik. Tak apalah, hadiah untuk ayah mak boleh masakkan makanan kegemaran ayah. Adik gembira!

                       Dekat kedai runcit. Adik nampak jajan Super Ring paker besar. Wah! adik nak! Mak datang dekat adik. "Adik nak apa?"  mak seakan paham kemahuan adik. "adik nak jajan ni mak".
Mak buka dompet lusuhnya. Sehelai kertas yang berwarna hijau. Itu saja yang ada didalam dompet mak.
Niat mak, nak beli telur dan sayur. Itu saja yang mampu. Hadiah harijadi ayah.

                        Mak lupakan niat mak. Mak masih dahulukan adik. Mak belikan jajan tu untuk adik RM2.50. RM5 tolak RM2.50 tinggal RM2.50. Mak hanya dapat beli maggi untuk hadiah ayah. Tak apa, janji ikhlas. Mak kata begitu.

                        Sampai dirumah, Mak ke dapur. Mak masak. Sekali sekali, adik jenguk mak kat dapur. Muka mak berkerut menahan panas. Kenapa tadi mak tak beli sudip?. Mak hanya masak maggi. Ayah tak suka maggi. Kenapa mak beli?
Adik pelik.

                        Ketangggg pangggg!!!

                        Alamak! maggi yang mak masak. tumpah. Mak cepat-cepat pungut. Mak masukkan balik kedalam periuk. Mak menangis!

                        Adik tersentap. Pertama kali adik lihat mak menangis. Adik berlari mendapatkan mak.
"Makk....

                          Mak cepat-cepat kesat air matanya. "Ye adik. Adik nak makan ye?". Adik menangis. Adik peluk mak erat-erat. Mak maafkan adik!

                        Sekarang adik tahu. Adik yang salah. Adik ikutkan kehendak adik. Kalau adik tak beli patung tu, mak mesti beli sudip. Kalau adik tak beli baju dan jajan tu, Mak mesti dah belikan ayah hadiah. Semua ni tak kan jadi.

                      "Mak dahulukan adik. Mak sayang adik". Mak kucup dahi adik, mak peluk adik erat-erat. Adik menangis. " Adik pon sayang mak". Adik bisik dekat telinga mak.

                   

ADIK NAK TOLONG MAK. TOLONG KLICK SEKALI


TERIMA KASIH :)



♥ THANKS FOR READING ♥

Nov 3, 2011

aku ni pe nya yang orangnye.

Assalamualaikum. Good morning everyone!



Pernah masak sampai rupanya jadi macam ini?
tak pernah? nampak sangat anda, anda, anda *sambil tunjuk kiri, depan, kanan menipu.
actually aku memang sengaja masak bagi nampak macam ini. Barulah ada ton dalam warna. kan berseni tu.
eh eh. aku tak cover line tau. *walaupun sebenarnya YE -..- 

*
*
*





Till 30 minutes  later..


see? rasa diri dihargai. Kudut jugak yang makan selepas dia tengok makanan yang aku masak tak ada siapa berani sentuh.
 Terima kasih KUDUT :')

so secara tak lansung aku dah bagi kucing makan. PENYAYANG kan aku?
okbai.


CIK FEEQA NAK KAWEN! TOLONG KLICK SEKALI.


THANKS!

♥ THANKS FOR READING ♥

Nov 2, 2011

This is what i do when i miss you





For me, love is when we always think about how to make him happy.
how I would do anything to make him better when he is in trouble.
How he can do anything and I can still find it in my heart to forgive him.
it is when I think that I have nothing left to go, but somehow,
i can find just a little more to give him.

That`s the way I love you MR AH
:)



♥ THANKS FOR READING ♥

Nov 1, 2011

Tertipu kot -..-


Assalamualaikum and good night everybody!

Tadi tepat jam 10.00 PM ada orang IM aku di Facebook. Pelik. Sebab selalu tengah-tengah malam macam gini, aku tak nampak dia online. Oh! mungkin sebab aku selalu tutup chat bawah tu. Tu sebab aku tak nampak siapa yang online. Atau dia memang tak online. hmm. Ahh! tak kesah la.

Nak dijadikan cerita, dia tegur aku di IM. Selalu kalau orang online dekat facebook ada tanda bulat kecik kecik warna hijau kan? haaa. yang ni tak ada tanda tu. Eh! tapi.. mungkin dia online tapi offline chat kot. kan?

*
*
*
*
*
*
*



so? sakit hati? tertipu?

atau mungkin Mark Zuckerberg yang IM aku?

wuiyooo! aku terkenal. haha.

kbai.

till then :)

♥ THANKS FOR READING ♥

Truth :)




and 






goodnight :')

p/s 1 : to guiding star.
p/s 2 : imissyou
p/s 3 : imissyousomuch
p/s 4 : imissyoutoomuchdamnmuch. :)

♥ THANKS FOR READING ♥

Oct 26, 2011

when i think of love, then i think of you





and this is something that i`ll do when i miss you.

*hint hint*


♥ THANKS FOR READING ♥

Oct 25, 2011

Quick update


kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah buat ayah kepada kawan Feeqa. Allahyarham baru meninggal sebentar tadi. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

* be strong awk.

♥ THANKS FOR READING ♥

Oct 24, 2011

OhGod! :(




don't you just hate when your shirt especially white shirt become like this?
i do :(

but who should be blamed now?

'miss shawl striking orange yang luntur'

or



' cik Feeqa yang malas asing basuh baju ikut warna?'


adoyaiii -,-

till then.. bye!

muka mintak penampar! sila tampar -,-

♥ THANKS FOR READING ♥

Oct 14, 2011

Aku kuat.

Wanita yang kuat adalah wanita yang tabah menghadapi semua masalah. Wanita yang pandai mengawal perasaan marah dengan mengingati Allah. Wanita yang selalu tersenyum dihadapan orang lain walaupun menghadapi masalah yang besar. Wanita yang sentiasa menggembirakan orang lain dengan gelak tawa walaupun hatinya terluka. Wanita yang sentiasa mendoakan kegembiraan rakan-rakanya walaupun hatinya diselubungi duka. Wanita yang sentiasa menguntum senyuman kepada orang yang berduka.
Kerana baginya itu semua adalah ubat kepada masalah dirinya sendiri. 

Sewaktu Allah menduga hati ini dengan pelbagai DUGAAN, sewaktu itulah Dia mahu melihat seteguh mana, sekuat mana hati makhluk-Nya. Namun hakikatnya, hati seorang wanita halus, mudah terluka, mudah kecewa, mudah menangis..



hei wanita di atas..

ketahuilah kenapa kamu sering menangis tatkala menerima musibah. Bukan kerana kamu lemah, tetapi kerana  Allah ciptakan wanita itu mahluk yang unik. 

Allah ciptakan wanita sebagai makhluk istimewa, 
Dia kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya, 
Dia lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, 
Dia kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, 
Dia teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah, 
Dia beri wanita naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun, 
Dia kuatkan batinya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi. 

Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana Allah beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberinya kekuatan baru.

♥ THANKS FOR READING ♥

Oct 11, 2011

Don't trouble your pretty little head, this end right now.


there's a point in your life when you know who stays forever and who is just around for a while. people change, but so do you. Sometimes for the best and sometimes for the worst. bad thing happen to everyone, you're not in it alone. people lie and some people just don't care how you feel. your heart beats, no matter how much you're in pain.

everything will be okay... eventually. there are always people in your life that just make your day, no matter the miles. I know the distance. i've been dealing with all my life, don't tell me it's easy, because it's not!

i'd rather keep in touch with the people i love, than just drop it and forget about it. You don't forget the ones you love. It doesn't work like that. give it all you've got and live your life to the fullest. People would kill to be you, have what you have, someone always has it worse off than you, but that doesn't mean you don't count. 

be strong feeqa :)

♥ THANKS FOR READING ♥

Oct 7, 2011

why oh why

i dont understand why. i am sorry but ily
 
:'( 


# get well soon feeqa -.-

♥ THANKS FOR READING ♥

Oct 6, 2011

Unlock my heart, shelter my soul.



These few day i was contented myself with too many stuffs that really brings me down :(
well, i know when u see me outside, u can always see my smile. but sometimes we cannot deny how we feel inside. right?




err.. okay okay, i shouldnt be sad about the past. just THROW IT AWAY, FORGIVE THEM and FORGET YESTERDAY. come on feeqa, you`re young. so shut up, and enjoy life. yeah roarrr!

#nuff said. i just need a hug right now. anyone?



♥ THANKS FOR READING ♥

Oct 5, 2011

I'm not afraid to try again, i`m just afraid of getting hurt for the same reason





U know that feeling when u're waiting? waiting to get home, into your room, close the door, falling into bed 
and just let everything out that u kept in all day in ur mind! That feeling of both relief and desperation. Nothing is wrong, but nothing is right either. and u`re tired. tired of EVERYTHING, tired of NOTHING and u just want someone to be there and tell u..

" its okay dear, everything is gonna be alright. if its not alright, u know that u can ALWAYS have me whenever u're in need."


peeps! its nice to hear even it is just to 'sedapkan hati' ? thats it.. most people they dont really meant OR maybe they dont really know what it is mean OR maybe they just dont care :)

so yeah u know no one`s going to be there. and u know u have to be STRONG for yourself, because no one can fix u!
But u`re tired of waiting. Tired of having to be the one to fix yourself and everyone else. Tired of being strong and for once, u just want it to be easy. But u know u won`t be....

But u`re still HOPING and u`re still WISHING, u`re still staying STRONG and FIGHTING, with tears in your eyes.
you`re fighting.. and this is exactly how I FEEL RIGHT NOW!
i`m sorry if you think that i get too carried away with all those shits happened in my current life, but yet u have to know even the strongest can be broken. and so am i...






♥ THANKS FOR READING ♥

Aug 18, 2011

Diam bukan berarti pasrah dan mengalah bukan berarti kalah



hai hoi huiii ! Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh .
haaaa! rajin-rajin kan mulut korang menjawab salam aku dengan nada yang betul, sebutan yang tepat lagi mantap. haha. okeh! pejam celik pejam tak celik dah 18 hari kita berpose, esok hari ke 19, lusa hari ke 20, tulat hari ke 21 ... bla bla bla~ dah nak ghaye! sooo sekarang jom sama-sama jerit!

oyey! tahun ni TAK dapat raya. *agaknya

tapiiii bukan tu yang aku nak cerita. kalau tak dapat nak raya tu, 'biasa' la kot.
Laaaa ni ceq nak cerita pasai kawan *speking penang 
kawan bermacam ragam! baca balik aku punya tajuk entry,
'diam bukan berarti pasrah dan mengalah bukan berarti kalah'
setuju?
#sekarang aku sedar yang tajuk entry tak ada kene mengena dengan apa yang aku nak cerita sekarang. hoho :')


Baiklah, now!
kadang-kadang kawan yang kita anggap kawan bukanlah kawan yang sebenar kerana kawan yang sebenar akan membantu kawan dia yang lain apabila kawan-kawan mereka ditimpa masalah.
tak begitu kawan?
  *latih sikit mulut korang yek, aku tahu time berpuasa ni korang tak ada exercise mulut! hauhauhau

tapi macamana pula kalau situasi macam bawah ni :

situasi 1 

aku : boleh belikan aku makanan tak?
kawan : boleh.. boleh... meh la..

****


kawan : eeee! bukannye tak boleh turun beli sendiri, harapkan aku jee.. 


situasi 2 

kawan : feeqa, dah siap kerja? boleh tolong aku tak?
aku : boleh jeeee.. tp aku tak pandai ajar orang tau!
*berdasarkan cerita betul
kawan : takpe..

****

kawan : ape ntah! satu hape aku tak paham. tak pandai ajar mcm pandai je.
-,-

terasa sangat-sangat sakit hati. tapi sabaaaaar....sabaaaaarr... saaaabaaarr ..
tapii jangan jadikan sabaaaar aku sampai melethop!

aku diam bukan berarti aku 'telan' semua yang korang hembus,
aku diam bukan berarti aku 'angguk' kan semua yang korang cerita,
aku diam bukan berarti aku pasrah .

chill!



till then,
happy fasting :)


♥ THANKS FOR READING ♥