Perutusan Tuan Tanah
Welcome! Jangan lupa tinggalkan jejak! Feeqa will hit you back :)
FeeqaMustafa`s: One step closer! dup dap dup dap ♥

Apr 22, 2013

One step closer! dup dap dup dap ♥



 Assalamualaikum semua! :D
13 haribulanempatduaributigabelas yang lalu, maka sudah sah la aku sebagai tunangan kepada en tunang tersayang. Tak lama lagi gelaran tunang akan pergi untuk memberi laluan kepada gelaran puan pulak. 
*eh terlalu jujur ke aku cakap macamni. Haha.

2 tahun 3 bulan 2 minggu dan 5 hari yang lepas kami berkenalan secara tidak sengaja di sebuah laman sesawang dan kemudian kami meneruskan babak babak kegatalan kami di facebook. Haha. Aku pon tak tahu la dari mana mulanya kami serius. Sebab en tunang tak pernah ajak 'declare'. Yang aku tahu, kami mulai rapat seperti pasangan kekasih tanpa kata 'declaration' tu. Aaaa tidak penting itu semua!

Ok aku ingat lagi. Kali pertama aku jumpa en tunang, pada hari raya ke-3 tahun 2010. Pada masa itu en tunang dan adik beradiknya nak pergi ke rumah terbuka di Muar. Dan aku pon dijemput sekali. Tapi aku tak merancang pon nak berjumpa dengan die. Aku masa tu dah berjanji nak pergi ke Muar dengan kawan lain. Tapi tup tup en tunang call kata nak datang rumah aku dulu sebelum pergi Muar. WAH! time tu bukan main berdegup jantung aku! Dengan belum mandinya. Hahaha. Sesampai je en tunang ke rumah aku buat pertama kalinya, dia pakai baju melayu u0lss dengan samping. Aww! start situ kot aku jatuh hati. Hahaha. Ok gatalll :p  Nak dijadikan cerita akhirnya aku pergi Muar menaiki kereta dengan en tunang.  

Kemudian,  lepas dari itu, kami terus-terus chat. Tak habis di Facebook, kami sambung di Skype mesej dan seterusnya gayut gayut waktu malam. Hehehe. Dan 'date' pertama kami di ICT SHAH ALAM. Sebabnye, aku mengada-ngada teringin nak pergi sana. Hewhewhew. Iyelah, orang Johor, anak gadis pulak tu mane la mak bapak aku nak benarkan aku pegi KL sana tanpa kawan teman dan penjaga. Aku ajak sidia, dan dia pon ON. soooo.. pergilah aku ke bumi Key-El. Tapi 1st date aku bukannye berdua. Kekeke. Sidia bawak adik kembar dan adik perempuannyeee. Ok tak ape. Sebab masa tu aku tak anggap itu date. Aku anggap tu sekadar jumpa kawan je la. Hahaha.
Selepas jumpa kedua kami jumpa kali ketiga keempat kelima keenam ketujuh kelapan dan merisik dan sekarang kami dah bertunang. Menunggu diri ini diijab dan kabul. Dinikahkan oleh wali dengan ikatan yang sah dengan en tunang. ^_6' . Memang, terasa macam sekejap je semua ni berlalu. Dalam masa yang sama, kami tak selalu jumpa. En tunang orang Selangor dan aku orang Johor dan sekarang menetap sementara di Terengganu. Huuuu memang jauh. Tapi tak ape, dari situ la kami belajar erti rindu. ekk rindu ke? :p

Tapi sebelum hari nak bertunang tu memang banyak dugaan. Bas yang aku naik dari Terengganu untuk balik ke Johor rosak dekat jalan kuantan jam 2.30 pagi. Lepastu kami stuck dekat situ sampai pukul 930 pagi. Bas kedua pulak datang, kami tukar bas. Tak lama lepas tu, bas kedua yg aku naik tu langgar kelapa sawit, tayarnya pulak bocor. Haih aku dah cuak. Sebab esoknya aku nak bertunang dah. Kalau tak sampai jugak Johor, memang kene tukar la. pihak perempuan meminang lelaki. Huhuhu. Tapi tak ape,  Bak kata orang, kalau nak dapat sesuatu tu memang Allah tu nak uji dulu. Kan? 

...dan sekarang kami selamat bertunang.

cincin dari en tunang. 2 cincin merisik dan 1 cincin tunang. :)




en tunang yang tinggi melampai. Huhuhu. (1st time kami bergambar bersama :p )



Kakak dan adik en tunang yang sangat sporting! :)


 Akhir sekali doakan hubugan kami berkekalan sehingga keakhirnya. Biarla dia menjadi yang terakhir buat aku. Amin. Next preparation untuk bergelar 'PUAN' ! :)


Doakan untuk kami!! :D 



♥ THANKS FOR READING ♥

1 comment:

Thank you for your comment peeps!
nah! amik muax sorang sebijik :P