Perutusan Tuan Tanah
Welcome! Jangan lupa tinggalkan jejak! Feeqa will hit you back :)
FeeqaMustafa`s: Aku kuat.

Oct 14, 2011

Aku kuat.

Wanita yang kuat adalah wanita yang tabah menghadapi semua masalah. Wanita yang pandai mengawal perasaan marah dengan mengingati Allah. Wanita yang selalu tersenyum dihadapan orang lain walaupun menghadapi masalah yang besar. Wanita yang sentiasa menggembirakan orang lain dengan gelak tawa walaupun hatinya terluka. Wanita yang sentiasa mendoakan kegembiraan rakan-rakanya walaupun hatinya diselubungi duka. Wanita yang sentiasa menguntum senyuman kepada orang yang berduka.
Kerana baginya itu semua adalah ubat kepada masalah dirinya sendiri. 

Sewaktu Allah menduga hati ini dengan pelbagai DUGAAN, sewaktu itulah Dia mahu melihat seteguh mana, sekuat mana hati makhluk-Nya. Namun hakikatnya, hati seorang wanita halus, mudah terluka, mudah kecewa, mudah menangis..



hei wanita di atas..

ketahuilah kenapa kamu sering menangis tatkala menerima musibah. Bukan kerana kamu lemah, tetapi kerana  Allah ciptakan wanita itu mahluk yang unik. 

Allah ciptakan wanita sebagai makhluk istimewa, 
Dia kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya, 
Dia lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, 
Dia kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, 
Dia teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah, 
Dia beri wanita naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun, 
Dia kuatkan batinya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi. 

Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana Allah beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberinya kekuatan baru.

♥ THANKS FOR READING ♥

10 comments:

Thank you for your comment peeps!
nah! amik muax sorang sebijik :P