Perutusan Tuan Tanah
Welcome! Jangan lupa tinggalkan jejak! Feeqa will hit you back :)
FeeqaMustafa`s

Aug 18, 2011

Diam bukan berarti pasrah dan mengalah bukan berarti kalah



hai hoi huiii ! Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh .
haaaa! rajin-rajin kan mulut korang menjawab salam aku dengan nada yang betul, sebutan yang tepat lagi mantap. haha. okeh! pejam celik pejam tak celik dah 18 hari kita berpose, esok hari ke 19, lusa hari ke 20, tulat hari ke 21 ... bla bla bla~ dah nak ghaye! sooo sekarang jom sama-sama jerit!

oyey! tahun ni TAK dapat raya. *agaknya

tapiiii bukan tu yang aku nak cerita. kalau tak dapat nak raya tu, 'biasa' la kot.
Laaaa ni ceq nak cerita pasai kawan *speking penang 
kawan bermacam ragam! baca balik aku punya tajuk entry,
'diam bukan berarti pasrah dan mengalah bukan berarti kalah'
setuju?
#sekarang aku sedar yang tajuk entry tak ada kene mengena dengan apa yang aku nak cerita sekarang. hoho :')


Baiklah, now!
kadang-kadang kawan yang kita anggap kawan bukanlah kawan yang sebenar kerana kawan yang sebenar akan membantu kawan dia yang lain apabila kawan-kawan mereka ditimpa masalah.
tak begitu kawan?
  *latih sikit mulut korang yek, aku tahu time berpuasa ni korang tak ada exercise mulut! hauhauhau

tapi macamana pula kalau situasi macam bawah ni :

situasi 1 

aku : boleh belikan aku makanan tak?
kawan : boleh.. boleh... meh la..

****


kawan : eeee! bukannye tak boleh turun beli sendiri, harapkan aku jee.. 


situasi 2 

kawan : feeqa, dah siap kerja? boleh tolong aku tak?
aku : boleh jeeee.. tp aku tak pandai ajar orang tau!
*berdasarkan cerita betul
kawan : takpe..

****

kawan : ape ntah! satu hape aku tak paham. tak pandai ajar mcm pandai je.
-,-

terasa sangat-sangat sakit hati. tapi sabaaaaar....sabaaaaarr... saaaabaaarr ..
tapii jangan jadikan sabaaaar aku sampai melethop!

aku diam bukan berarti aku 'telan' semua yang korang hembus,
aku diam bukan berarti aku 'angguk' kan semua yang korang cerita,
aku diam bukan berarti aku pasrah .

chill!



till then,
happy fasting :)


♥ THANKS FOR READING ♥

Jul 19, 2011

Sejenak

Kadang-kadang...

berdiri saja, tak perlu dekat, sudah boleh merasakannya ..

terdongak seketika tatkala hati terdetik, merenung langit biru awan putih,

tak sanggup nafas dihela, jantung didegup, mata dikelip, kaki melangkah.

bila terlintas di hadapan mata....

haih!! tolong!

dibentangnya sejadah, di angkatnya tangan, memohon pertolongan.

tatkala dunia sedang beradu....

kemudian, diberinya cahaya, disampaikan satu tenaga

tenaga yang cukup kuat! hingga aku yang dulunya rebah tertunduk, kini bangun dengan semangat!

Syukran Ya Allah, syukran..

tanah yang dulunya aku pijak, kini ku sujud, ku cium.

rezeki Allah luas.   Dugaan Allah pelbagai.

Fokus mencari penyelesaian, bukan fokus pada masalah. InsyaAllah :)

Bulan menjadi saksi, membuktikan sesuatu yang tak akan pasti.

suka atau tidak, kita akan tetap meneruskan apa yang telah dimulakan.

Maafkan diri ini yang serba kekurangan .






♥ THANKS FOR READING ♥

Jun 23, 2011

6/23/2011 - Young Love


Rabbit 1

Cerita ni aku rasa ramai orang pernah rasa macammana aku rasa 
dan aku rasa korang memang pernah rasa terasa macam mana aku pernah rasa dengan orang-orang macam ini yang suka buat orang tak sengaja untuk merasa semua ini .

HAHA! terbelit lidah korang nak baca kan.
Saja nak test cara korang menyebut dan mengeja satu-satu patah perkataan. exercise, exercise~

ok now, straight to the point.
Bermula dengan kehidupan dirumah,
Kehidupan kanak-kanak ribena di tadika,
kehidupan pra-matang disekolah rendah,
kehidupan agak matang tetapi pura-pura matang di sekolah menengah
dan 
sampai sekarang..

Rabbit 1

Masa tadika, sekolah rendah, dan sekolah menengah, aku sure, perkara yang sangat normal dalam kalangan kita as makhluk sebaik-baik kejadian Tuhan, ialah perasaan suka dan minat terhadap lain-lain jantina.
Macam-macam jenis manusia, macam-macam ragam dan perangai kita jumpa. Perkenalan antara kaum adam dan hawa semasa sekolah mesti orang akan cakap cinta monyet. Aahhh.. memang pon cinta monyet. Budak-budak.. biasa la tuh. Tak matured lagi ! Tak moden lagi ! naif lagi ! ape lah !
tapi korang kena ingat 

'Dalam hidup ini, perasaan diantara lelaki dan perempuan adalah satu fitrah pada manusia'

Tapi kita sebagai manusia yang punyai akal fikiran, boleh fikir mana buruknya.
sesuai atau tidak. Memang tak dpt nak nafikan sepanjang hidup kita ni, mesti akan TERjumpa dan TERberkenalan dengan berlainan jantina.
Pandai-pandailah mengatur kehidupan sendiri.

Tetapi, orang selalu cakap, bercinta time muda, berkahwin time muda, sia2kan kehidupan muda kau. Ishh.. mane boleh judge orang mcmtu.
Kehidupan kita ini Tuhan dah tentukan..

' si pulan bin si pulan akan berkenalan dengan si polon binti si polon pada umur -- tahun , pada jam -- '

Tuhan je tahu apa baiknya dan apa buruknya untuk kita. Kita sendiri kena pandai mengatur hidup. Err.. beragak-agak la derr, tak kan la darjah nam pon dah punya awek/pakwe .   -__-

Rabbit 1

Tanya la mana-mana manusia pon, 

' Dalam hati ada perasaan sayang? '
' Dalam hati ada perasaan cinta ? '
' Dalam hati ada perasaan ingin disayangi someone tak ? '

sure ada jawapannya :)
kalau mulut tak menyebut, hati akan berbisik.

Rabbit 1



p/s : perjalanan saya masih jauh lagi.. :)



♥ THANKS FOR READING ♥