Perutusan Tuan Tanah
Welcome! Jangan lupa tinggalkan jejak! Feeqa will hit you back :)
FeeqaMustafa`s: 2013

Apr 22, 2013

One step closer! dup dap dup dap ♥



 Assalamualaikum semua! :D
13 haribulanempatduaributigabelas yang lalu, maka sudah sah la aku sebagai tunangan kepada en tunang tersayang. Tak lama lagi gelaran tunang akan pergi untuk memberi laluan kepada gelaran puan pulak. 
*eh terlalu jujur ke aku cakap macamni. Haha.

2 tahun 3 bulan 2 minggu dan 5 hari yang lepas kami berkenalan secara tidak sengaja di sebuah laman sesawang dan kemudian kami meneruskan babak babak kegatalan kami di facebook. Haha. Aku pon tak tahu la dari mana mulanya kami serius. Sebab en tunang tak pernah ajak 'declare'. Yang aku tahu, kami mulai rapat seperti pasangan kekasih tanpa kata 'declaration' tu. Aaaa tidak penting itu semua!

Ok aku ingat lagi. Kali pertama aku jumpa en tunang, pada hari raya ke-3 tahun 2010. Pada masa itu en tunang dan adik beradiknya nak pergi ke rumah terbuka di Muar. Dan aku pon dijemput sekali. Tapi aku tak merancang pon nak berjumpa dengan die. Aku masa tu dah berjanji nak pergi ke Muar dengan kawan lain. Tapi tup tup en tunang call kata nak datang rumah aku dulu sebelum pergi Muar. WAH! time tu bukan main berdegup jantung aku! Dengan belum mandinya. Hahaha. Sesampai je en tunang ke rumah aku buat pertama kalinya, dia pakai baju melayu u0lss dengan samping. Aww! start situ kot aku jatuh hati. Hahaha. Ok gatalll :p  Nak dijadikan cerita akhirnya aku pergi Muar menaiki kereta dengan en tunang.  

Kemudian,  lepas dari itu, kami terus-terus chat. Tak habis di Facebook, kami sambung di Skype mesej dan seterusnya gayut gayut waktu malam. Hehehe. Dan 'date' pertama kami di ICT SHAH ALAM. Sebabnye, aku mengada-ngada teringin nak pergi sana. Hewhewhew. Iyelah, orang Johor, anak gadis pulak tu mane la mak bapak aku nak benarkan aku pegi KL sana tanpa kawan teman dan penjaga. Aku ajak sidia, dan dia pon ON. soooo.. pergilah aku ke bumi Key-El. Tapi 1st date aku bukannye berdua. Kekeke. Sidia bawak adik kembar dan adik perempuannyeee. Ok tak ape. Sebab masa tu aku tak anggap itu date. Aku anggap tu sekadar jumpa kawan je la. Hahaha.
Selepas jumpa kedua kami jumpa kali ketiga keempat kelima keenam ketujuh kelapan dan merisik dan sekarang kami dah bertunang. Menunggu diri ini diijab dan kabul. Dinikahkan oleh wali dengan ikatan yang sah dengan en tunang. ^_6' . Memang, terasa macam sekejap je semua ni berlalu. Dalam masa yang sama, kami tak selalu jumpa. En tunang orang Selangor dan aku orang Johor dan sekarang menetap sementara di Terengganu. Huuuu memang jauh. Tapi tak ape, dari situ la kami belajar erti rindu. ekk rindu ke? :p

Tapi sebelum hari nak bertunang tu memang banyak dugaan. Bas yang aku naik dari Terengganu untuk balik ke Johor rosak dekat jalan kuantan jam 2.30 pagi. Lepastu kami stuck dekat situ sampai pukul 930 pagi. Bas kedua pulak datang, kami tukar bas. Tak lama lepas tu, bas kedua yg aku naik tu langgar kelapa sawit, tayarnya pulak bocor. Haih aku dah cuak. Sebab esoknya aku nak bertunang dah. Kalau tak sampai jugak Johor, memang kene tukar la. pihak perempuan meminang lelaki. Huhuhu. Tapi tak ape,  Bak kata orang, kalau nak dapat sesuatu tu memang Allah tu nak uji dulu. Kan? 

...dan sekarang kami selamat bertunang.

cincin dari en tunang. 2 cincin merisik dan 1 cincin tunang. :)




en tunang yang tinggi melampai. Huhuhu. (1st time kami bergambar bersama :p )



Kakak dan adik en tunang yang sangat sporting! :)


 Akhir sekali doakan hubugan kami berkekalan sehingga keakhirnya. Biarla dia menjadi yang terakhir buat aku. Amin. Next preparation untuk bergelar 'PUAN' ! :)


Doakan untuk kami!! :D 



♥ THANKS FOR READING ♥

Jan 25, 2013

76days and 183days


           Wedding Checklist by Month



DONE NOT YET LUAR TUGAS


Tentukan tarikh & bulan 
Booking for MUA (solemnization) 
Booking for MUA (reception) 
Booking for OP - sekali dengan pihak lelaki
Booking for OV - Tak pasti lagi nak ada ke tak..check bajet dulu..
Catering for Solemnization – Mak Abah yg uruskan
Catering for Reception 


Solemnization’s place – Rumah
Reception’s place – Dewan IVM
Solemnization theme - tak confirm 
Reception theme – tk kompem
Family theme for bride side
Family theme for groom side – (Groom Family Belum Decide Lagi)
Listdown barang hantaran for both side 
Start cari baju nikah – Belum ada kata putus
Start cari baju untuk majlis resepsi 
Start cari kad jemputan 



Buat tempahan Tok Kadi
Emcee for majlis resepsi-DJ
Mencari tukang cakap for enggaged & nikah
Mendapatkan borang2 yang diperlukan
Mencari kompang - Consider DONE


Membuat tempahan kad-kad jemputan
bunga pahar - Mak yang uruskan
Order hadiah nikah & resepsi - Kakak yg uruskan
Entertainment for resepsi (zapin@kuda kepang&silat)
Pengapit lelaki- taktwu :p
Pengapit perempuan - Maybe ika,bff 
Guestlist
Mencari kasut nikah
Mencari kasut sanding - maybe provided by andaman
Menentukan flowergirls-ank sedar yg kecik2 tu
Survey kek untuk majlis resepsi 


Hantar kain nikah untuk jahit -maybe.
Plan for honeymoon- ehhh?? hahaha 
Mencari Bunga Manggar
Mencari tukang pembuat hantaran - Assume Done 


Mula menghias bilik pengantin
Mula tulis nama pada kad jemputan
HIV Test
Menghantar borang lengkap permohonan kahwin
Membuat guestbook & bunting


Mengedarkan kad kahwin & nikah
fitting baju nikah
Fitting baju resepsi
Tempah tag nama for family members
Final check for OP
Final check for OV
Final check for wedding cakes
Final check for MUA (sanding, nikah)
Final check for wedding favor
Final check for wedding entertainment


Final check untuk kompang
Discuss dengan pengapit
Bakul dan bunga untuk flower girl
Cari kayu untuk buat landmark
Final check untuk tema family
Mencari inai


Majlis rewang bermula
Senaraikan tugasan
-         siapa penyambut tetamu
-         siapa yang menjaga hadiah
-         siapa yg berada di kaunter pendaftaran
-         siapa yang berada di guestbook corner
-         siapa yang kasi bunga telur
-         orang2 penting majlis
Check pintu & lock bagi mengunci pintu pd hari majlis bagi mengelakkan kejadian tidak diduga.
Pastikan PA System dah berada di rumah
Discuss dengan katering
Final meeting dengan wedding planner
Buat rawatan facial muka & spa- ekkk?? perlu ke?


Pacak banner, landmark & bunting sehari before majlis
Buat inai tangan
Pastikan bilik tidur dah tersedia
Pastikan wedding favors dah siap
Pastikan hantaran dah siap
Pastikan bunga manggar dah tercucuk rapi
Pastikan baju dan lain2 dan diasingkan & digantung
Pastikan barang2 yang digunakan sehari sebelum majlis dah dibeli
-  

THE BIG DAY

Sarapan pagi
Make sure hantaran dah ada 
Nikmati hari bahagia! SELAMAT PENGANTIN BARU! 


_____________________________________________________________

Wedding Checklist by Items

*Done will be crosschecked

Legal Documents
Kursus Kahwin 
Borang kebenaran nikah              
Test HIV  
Jurunikah


Cincin
Jam tangan
Baju Kemeja & Seluar Jeans
Chocolate
Buah-buahan
Cakes/Cupcakes
Sireh junjung

Hantaran Decoration
Dulang
Alas Dulang
Bunga Dulang
Reben
Tepak sireh/ sirih junjung
Span

Outfit 
Baju Nikah
Tudung Nikah
Veil Nikah
Kasut Nikah
Aksesori Nikah
Baju Resepsi
Tudung Resepsi
Veil Resepsi
Kasut Resepsi
Aksesori Resepsi
Baju Bertandang
Tudung Bertandang
Veil Bertandang
Kasut Bertandang
Aksesori Bertandang

Pelamin
Resepsi
Bunga Pahar Resepsi

MUA
Nikah 
Post Wedding
Resepsi - Booked
Bertandang

Official Photographer (OP)
Nikah 
Resepsi
Post Wedding
Bertandang
Official Videographer (OV)
Nikah
Resepsi

Hand Bouquet
Nikah
Sanding
Tandang
Catering
Nikah
Resepsi
Lokasi Resepsi
DEWAN IVM
Meja Makan beradab
P.A System
Red Carpet
Meja Guestbook 

Doorgift
Doorgift
Goodie bag
Doorgift kanak kanak
Doorgift nikah

Lain-Lain
Pengapit lelaki (bersanding)
Pengapit perempuan (bersanding)
Pengapit lelaki (bertandang)
Pengapit perempuan (bertandang)
Pembaca doa
Jaga P.A system
Runner makanan dan sebagainya
Penggubah hantaran
Flower girls
Pegang duit
Bridesmaid (Bawa dulang)
Guest List
Design
Printing
Letak di facebook/email
Post
Bunting
Sampul Setem

Keperluan Lain
Penunjuk Arah jalan
Bunga Manggar/ Payung
Kompang
Wedding Cake
Inai
Guestbook
Guestbook accessories 
Tag Pembantu & Family
Pulut kuning for nikah
Duit untuk jurunikah dan saksi 
Flowergirls flower
Ribbon pin
Text untuk pengacara majlis
Nota tugasan buat pembantu beserta no phone

Bilik Tidur
Katil
Dressing table
Langsir
Cadar
Hiasan/Frame
Lampu
Kipas/aircond
Karpet
Kelambu Bulat
Pewangi
Bantal hiasan
Hiasan bunga
Almari

Bila dah buat checklist ni baru aku tahu rupanya banyakkkk lagi belum settle. Harap sempat :(






♥ THANKS FOR READING ♥